Siakap Keli

Bingung, Detik Gadis Nak Sambut ‘Birthday’ Diserbu Kumpulan Baju Hitam, Sebelum Hilang Tanpa Jejak

Bayangkan anda sedang bergembira untuk menyambut hari lahir dengan kawan di sebuah kafe, tiba-tiba kalian ‘diserbu’ sekumpulan individu misteri yang kemudiannya menghilangkan diri tanpa jejak. Pasti bingung, bukan?

Inilah yang dilalui seorang gadis berblaus kuning dalam sebuah video tular baru-baru ini. Menerusi rakaman itu, kafe yang mereka kunjungi tiba-tiba terputus bekalan elektrik, membuatkan semua orang terkesima.

Mungkin pada awalnya menyangka ia sebahagian daripada ‘gimik’ hari lahir, gadis tersebut kelihatan terkejut apabila secara tiba-tiba muncul sekumpulan individu misteri berbaju hitam menyerbu mereka.

Kumpulan itu kemudiannya menghilangkan diri di sebalik pintu sebuah stor, menyebabkan orang ramai terpinga-pinga.

Apa yang lebih membingungkan adalah kelibat mereka hilang tanpa jejak.

Detik itu berjaya dirakam melalui telefon pintar rakan gadis berkenaan di mana staf kafe tersebut memeriksa pintu stor dan mendapati tiada sesiapa di dalamnya. Sebaliknya, hanya peralatan kebersihan tersusun di situ. Apa yang terjadi sebenarnya?

Tonton videonya di bawah,

Amira

Love yourself.