Siakap Keli
tip defrost daging

Jangan Isi Air Panas, Ini Tip Mudah ‘Defrost’ Daging Dengan Cepat

Jangan Isi Air Panas, Ini Tip Mudah ‘Defrost’ Daging Dengan Cepat

Sebelum memasak, daging yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dicairkan terlebih dahulu. Jika ada tetamu yang datang mengejut ke rumah, pasti panik dibuatnya apabila daging masih keras.

Oleh itu, apa kata anda cuba tips untuk defrost daging dengan cepat seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Sharifah Nor Hj Abdullah ini.

Tips ‘defrost’ daging dengan kadar segera

tip defrost daging
Gambar hiasan

Tip yang dikongsikan oleh Puan Sharifah ini amat mudah iaitu hanya menggunakan dulang besi dan ditindih dengan periuk berisi air biasa. Tak perlu menggunakan air panas pun.

Menurut Puan Sharifah, daging akan menjadi lembut semula dalam tempoh tidak sampai 30 minit. Sangat mudah dan pantas terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai microwave atau peralatan memasak lain.

Maaf. Hari ni saya tak post masakan. Saya cuma nak bagi tip. Harap dapat membantu sahabat-sahabat semua. 

Nak masak, daging masih keras dalam freezer. Nak defrost ambil masa jugak kan? Di sini saya bagi tip macam mana nak defrost dengan kadar segera. 

Letakkan daging tu di atas dulang besi (jangan buang plastiknya) tindih dengan periuk yang berisi air biasa (jangan isi air panas). InshaAllah, dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah.

tip defrost daging
Gambar: Sharifah Nor Hj Abdullah

Perkongsian menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) itu telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka dan lebih 3 ribu shares.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen berterima kasih di atas tips yang berguna untuk membantu para ibu.

”Besi memang boleh mencairkan ais dengan cepat, kalau letak dalam plastik macam besen plastik ke memang lambat defrost,” tulis warganet.

”Boleh cuba ni, sebab kalau rendam air nanti darah dia banyak keluar dan hilang manis,” tambah seorang warganet.

Sumber: Facebook Sharifah Nor Hj Abdullah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.