Siakap Keli
Gambar: LLM

Aliran Trafik Tinggi Di Beberapa Laluan Utama – LLM

Aliran trafik dilaporkan mula meningkat di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara sejak tengah hari tadi setakat ini.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Twitter, aliran trafik tinggi di laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara iaitu dari Pedas Linggi menuju ke Port Dickson.

Manakala, trafik juga mula sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari arah Barat iaitu dari Karak ke Bukit Tinggi.

Terdahulu, menerusi ciapan yang lain, LLM juga memaklumkan bahawa aliran trafik tinggi di laluan arah selatan pada sekitar jam 12.42 tengah hari.

Ia melibatkan laluan Ipoh Selatan ke Simpang Pulai, selepas Gua Tempurung ke Tapah, RnR Tapah ke Bidor, Sungkai ke Slim River dan Lembah Beringin ke Rawang.

Sementara itu, trafik juga dilihat sesak di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari arah Barat pada jam 12.03 tengah hari iaitu di Bentong Timur menuju ke Bukit Tinggi.

Trafik di semua lebuhraya utama meningkat sejak semalam berikutan orang ramai mula pulang semula ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: LLM Trafik

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.