Siakap Keli
Gambar via Bernama

Dua Pelatih Lari Dari PUSPEN Bukit Chabang

KANGAR, 8 Mei (Bernama) — Polis sedang memburu dua tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Beseri yang melarikan diri  semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abudullah berkata kedua-dua tahanan lelaki itu  masing-masing berusia 51 dan 44 tahun.

“Kali terakhir salah seorang tahanan dilihat memakai baju berwarna kuning dan berseluar  ‘track’  warna gelap, manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih dan berseluar ‘track’ gelap ” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya pengurusan PUSPEN membuat laporan berhubung kejadian itu semalam dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat.

Beliau berkata Op Tutup disertai oleh tujuh pegawai dan 53 anggota polis dibantu oleh seorang pegawai dan sembilan anggota dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri  Perlis.

“Polis turut melakukan tiga,sekatan jalan raya dibantu oleh Pasukan Gerakan Am,” katanya.

Mohd Shokri  berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan (kecuaian penjawat awam membiarkan seseorang lari dari tahanan) dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan (tentangan atau halangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang).

Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat di talian 04-9492222 dan 04-9491481.

–BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.