Haiwan ini mungkin lebih besar dari paus biru yang pernah ditemui oleh Alps yang merupakan antara haiwan terbesar yang pernah wujud di bumi, lapor Daily Star.
Baru-baru ini, saintis menemui satu fosil haiwan selepas satu kerja-kerja penggalian berkedalaman 9,000 kaki dijalankan di satu lokasi di Switzerland. Fosil haiwan yang dinamakan Ichthyosaur itu dianggarkan berusia 205 juta tahun.
Menurut saintis, makhluk prasejarah itu dipercayai lebih besar daripada ikan paus biru yang dikatakan berada di lautan Panthalassa dan mengelilingi Superbenua Pange semasa hujung zaman Triassic.
Menurut Daily Star, difahamkan haiwan prasejarah ini telah pupus sejak 90 juta tahun yang lalu, iaitu sebelum asteroid menghentam bumi sehingga menyebabkan kepupusan dinosaur.
Ichthyosaur ini sama seperti mamalia. Namun mengikut peredaran masa, ia dikatakan berevolusi sehingga bentuk badan ‘berubah’ menjadi ikan. Haiwan ini boleh mencapai kelajuan sehingga 35 kilometer sejam.

Salah seorang saintis, Dr Heinz Furrer yang merupakan pesara di Institut dan Muzium Palaeontologi Universiti Zuric berkata, dia sangat teruja akan penemuan fosil haiwan purba tersebut.
“Ia adalah ichthyosaur terpanjang di dunia dengan gigi paling tebal ditemui setakat ini, serta haiwan vertebrata yang dipercayai terbesar di Eropah,”
Sementara itu, saintis dari Universiti Bonn, Dr. Martin Sandler berkata, “Mungkin terdapat lebih banyak tinggalan makhluk laut gergasi itu yang tersembunyi di bawah glasier,”
Difahamkan, saiz akar giginya sahaja adalah dua kali lebih lebar daripada rekod yang telah dibuat sebelum ini oleh ichthyosaur yang berukuran 50 kaki dari hidung ke ekor.
Dalam pada itu, beberapa sisa rangka lain yang tidak lengkap seperti vertebra menunjukkan ia seekor ichthyosaur dari Kanada bernama Shonisaurus sikanniensis yang panjangnya 69 kaki (21 meter).

Menurut Dr. Sandler, “Lebih besar lebih baik dan terdapat kelebihan untuk saiz badan yang besar.
“Hanya terdapat tiga kumpulan yang mempunyai berat melebihi 10-20 tan metrik iaitu dinosaur berleher panjang, ikan paus dan ichthyosaur,” katanya.
Sumber: Daily Star