Siakap Keli

Duit Raya Anak Neelofa Berjumlah RM14,020

Ketika Aidilfitri, antara perkara yang lazim dilakukan adalah ziarah-menziarahi sesama saudara-mara, selain turut saling bermaaf-maafan sebelum pergi ke surau untuk menunaikan solat sunat raya.

Selain itu, adat memberi duit raya juga sudah menjadi rutin dan budaya orang kita sejak turun-temurun setiap kali menyambut Aidilfitri. Terutama sekali bagi kanak-kanak yang masih kecil dan sudah bersekolah, sudah pasti mereka seronok bila dapat duit raya.

Menerusi akaun Tiktok milik selebriti dan juga usahawan berjaya, Neelofa bersama suaminya, Muhammad Haris turut tidak melepaskan peluang kongsikan sebuah video sedang mengira duit raya yang diperoleh oleh anaknya, Muhammad Bilal.

Menurut Neelofa menerusi video tersebut, jumlah duit raya yang berjaya dikumpul Muhammad Bilal mencecah hingga ribuan ringgit. Dalam video itu juga, jelas kelihatan hanya kepingan not RM50 dan RM100 sahaja yang paling banyak diperolehi.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal

“Jadi hasil kutipan duit raya pada tahun ini RM14,020, MasyaAllah hebat pada kita lagi,” ujarnya dalam video tersebut.

@neelofa

♬ Eid Mubarak – Aayat Arif

Apa kata netizen

Video TikTok tersebut telah ditonton lebih 1.5 juta kali tontonan setakat artikel ini ditulis. Rata-rata netizen turut terkejut dengan jumlah sumbangan raya yang diperolehi Muhammad Bilal itu.

Meneroka ruangan komentar, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas rezeki yang diberikan kepada Bilal. Jom sama-sama lihat reaksi netizen yang kami kongsikan di bawah.

“MasyaAllah, saya lock Bilal…”

“Dah macam bonus tiga bulan…”

“Dia punya duit raya kalah duit KWSP…”

Sumber: Tiktok Neelofa

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.