Seorang lelaki yang berasal dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) dilapor jatuh cinta dengan ibu kandung sendiri selepas bertemu kembali setelah terpisah selama 30 tahun, lapor Daily Star.
Menurut Daily Star, Ben Ford, 32 tahun yang dibesarkan oleh keluarga angkat sejak lahir telah bertemu dengan ibu kandungnya, Kim West selepas mengutuskan surat dalam misi mencari keluarga kandung.
Difahamkan, mereka bertemu semula pada tahun 2014 dan Ben juga telah berterus terang tentang perasaan itu kepada isterinya bahawa dia telah jatuh cinta dengan ibunya sendiri, memetik Mirror.
“Setiap kali saya melakukan hubungan intim dengan kamu (isteri) sejak saya berjumpa dengan ibu, saya membayangkan dia (ibu). Jika tidak, saya tidak dapat melakukan itu,” jelasnya, lapor Daily Star.
Akibat sudah bertemu dengan ‘cinta sejatinya’, Ben akhirnya memilih untuk meninggalkan isterinya dan hidup bersama-sama ibunya di London.
Namun, pasangan itu terpaksa bersembunyi setelah hubungan terlarang mereka terbongkar pada 2016 kerana undang-undang yang ditetapkan di sana.
Difahamkan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didaftarkan sebagai pesalah seks (SOR) seumur hidup mereka.
Serah anak angkat sejurus dilahirkan
Imbas kembali, Kim mengandungkan Ben ketika umurnya baru sahaja mencecah 19 tahun sebagai seorang pelajar di California satu ketika dahulu.
Bagaimanapun setelah bersalin, dia menyerahkan bayi tersebut kepada sesiapa sahaja untuk dijadikan sebagai anak angkat.
Sehinggalah 30 tahun kemudian, mereka akhirnya ditakdirkan bertemu semula selepas Ben menulis dan menghantar surat pencarian keluarga.
Menurut Kim, Ben memberitahu bahawa dia ingin bertemu dengannya. Tidak lama kemudian, wanita itu mula timbul impian untuk melakukan hubungan intim dengan anak lelakinya tersebut.
Difahamkan, mereka berkongsi minuman dan akhirnya melakukan hubungan antara ibu dan anak di sebuah hotel. Malah Ben juga mendedahkan hubungan itu kepada isterinya tiga hari kemudian.
“Victoria (isteri Ben) mula risau dengan hubungan rapat mereka, manakala saya pula cemburu dengan perkahwinan mereka.
“Saya mengalu-alukan dia (Victoria) namun tidak dapat untuk menyayanginya, saya merasa ada persaingan di antara kami berdua dan apabila dia sentuh Ben, saya mula rasa cemburu.
“Saya juga sedar bahawa dia mula menyedari tentang hubungan kami dan apabila Ben bertemu dengan saya, dia akan sentiasa menghubungi Ben,” jelas Kim, lapor Daily Star.
Saling menyalahkan atas faktor genetik
Bagaimanapun, Kim dan Ben akhirnya telah menyalahkan nafsu mereka terhadap satu sama lain kerana faktor ‘Tarikan Seksual Genetik’.
Difahamkan, hal tersebut berlaku apabila saudara yang tidak dibesarkan bersama bertemu sebagai orang dewasa dan saling suka antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, teori itu telah ditolak sebagai ‘pseudosains‘ oleh pakar.
Dikhabarkan pasangan itu telah bersembunyi setelah hubungan mereka berdua diketahui umum. Walaupun begitu, hubungan mereka sama ada masih bersama atau tidak, belum dapat dipastikan.
Untuk makluman, amalan sumbang mahram diharamkan di UK dan kanak-kanak yang dilahirkan hasil dari hubungan itu mempunyai risiko yang tinggi untuk dapat penyakit genetik.
Sumber: Daily Star, Mirror