Siakap Keli
disamun
Gambar: Polis KL/Utusan

Polis Sahkan Lelaki Terbaring Atas Jalan Disamun Dan Dipukul, 2 Lelaki Diburu

Polis Cheras memaklumkan bahawa lelaki yang ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri di tepi jalan di Taman Tenaga, Cheras telah disamun dan dipukul.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Hj. Jaafar berkata pihak polis telah mengesan video yang memaparkan keadaan lelaki tersebut di media sosial.

Pihaknya juga telah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut daripada mangsa.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dan disamun oleh dua lelaki warganegara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Pihaknya juga memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki terbaring di atas jalan sambil disaksikan oleh orang ramai.

Sumber: Polis KL

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.