Viral sekumpulan individu bermain kasut roda atau roller blade di tengah lebuh raya baru-baru ini tanpa risaukan risiko nyawa mereka, lapor Indozone.
Menurut Indozone, kejadian itu didakwa berlaku di Jalan Gatot Subroto, Jakarta di Indonesia baru-baru ini, selain turut tular di media sosial.
Menerusi sebuah video tular berdurasi 45 saat, ia memaparkan sekumpulan pemain roller blade sedang meluncur laju di tengah lebuh raya itu tanpa menghiraukan kenderaan lain.
Video yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @pativ7 turut disertakan kapsyen bernada marah akibat tidak berpuas hati dengan tindakan mereka.
“Jalan di Jakarta ini tidak cukup macam litar basikal, (malah) litar luncur kasut roda pun ada.
“Meluncur di jalan raya, secara berkumpulan, menghalang (laluan) orang, marah kalau ditegur, bawa anak-anak pula!” katanya.
Jalanan jkt ini g cukup cm sepeda pleton, skating oleton juga ada.
Skating, d jalan raya, rombongan, ngalangin orang, marah kalo diklaksonin, bawa anak2 pula! pic.twitter.com/I35aC0L3Mp— ᮘᮥᮎᮤᮔ᮪ᮔ ᮙᮨᮌ᮪ᮌᮤᮈ (@pativ7) May 8, 2022
Tindakan individu itu telah menyebabkan trafik menjadi kurang lancar disebabkan mereka menggunakan lorong tengah jalan dalam satu baris yang panjang.
Berdasarkan video itu juga, mereka turut tidak mengendahkan hon yang dibunyikan oleh salah sebuah kereta, bahkan turut mengangkat tangan kepada pemilik kereta terbabit.
Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan (Dishub) DKI Jakarta, Syafrin Liputo masih belum memberi maklum balas kepada pemberita selepas dihubungi.
Video itu telah ditonton lebih 2.7 juta tontonan, sekaligus turut dihujani lebih 38 ribu komen dalam masa sehari.
Melihat kepada video itu, Wakil Gabenor (Wagub) DKI Jakarta Ahmad Riza Patria meminta para pemain roller blade untuk tidak mengganggu fasiliti awam.
“Roller blade dengan olahraga adalah lain, Jadi ia perlu dilakukan ditempat yang telah disediakan dan tidak mengganggu fasiliti awam serta menjalankan protokol yang betul,” melalui kenyataan yang ditulis di akaun Instagram miliknya.
Beliau turut menyatakan bahawa banyak tempat yang lebih sesuai untuk bermain roller blade itu yang disediakan oleh pihak DKI Jakarta, bermula dari kemudahan awam hingga Jakarta International Roller Track Arena (JIRTA).
“Mohon penduduk menyalurkan hobi mereka dengan saling menghormati.
“Fasum (fasilitas umum) harus sesuai dengan peruntukan dan ketentuan. Sudah ada tempat roller blade. Latihan di jalan membahayakan diri dan banyak orang,” tambahnya lagi.
Sumber: Indozone