CHENGDU (China), 10 Mei (Bernama) — Lima maut dalam kejadian runtuhan batu di Kaunti Rongxian, Wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang Isnin di sebuah kampung di Rongxian.
Operasi menyelamat ditamatkan pada tengah malam selepas mayat kelima ditemukan.
Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan.
— BERNAMA