Siakap Keli

Derma Darah 632 Kali, Lelaki Masuk Malaysia Book of Record Sebagai Penderma Darah Terbanyak

Pusat Darah Negara kagum dengan salah seorang penderma darah terbanyak di Malaysia bermula sejak tahun 1992 lagi.

Susulan iti, penderma berkenaan yang dikenali sebaga Liew Chin Yap telah diiktiraf sebagai Penderma Darah Aferesis terbanyak oleh The Malaysian Book of Records baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikongsikan itu, setakat 18 April lalu, beliau sudah menderma sebanyak 632 kali.

Mula menderma sejak 1992

Beliau mula menderma darah buat pertama kalinya apabila mengikut adiknya ke satu kempen derma darah pada tahun 1992. Sehingga kini, beliau masih setia menjalankan tanggungjawab sosial sebagai penderma darah.

Mengetahui tentang keperluan darah untuk pesakit hanya boleh diperolehi melalui pendermaan darah, ia menjadi inspirasi untuk beliau terus menderma darah secara konsisten selama 3 dekad ini.

“Sekali lagi, Pusat Darah Negara ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Liew kerana menjadi insan yang paling pemurah yang telah menyelamatkan ratusan dan mungkin ribuan nyawa pesakit,” ujar kenyataan ringkas tersebut.

Pusat Darah Negara juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu Encik Liew mendapatkan pengiktirafan tersebut.

https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia/posts/364999912334756

Sumber: Pusat Darah Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.