Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Laut Bismarck, kira-kira 200 km dari pantai Papua New Guinea pada pagi Selasa.
Memetik News Detik, gempa bumi tersebut bagaimana pun tidak memberi ancaman tsunami kepada kawasan sekitar.
Pihak Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan bahawa peluang untuk kematian dan kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi berkenaan adalah tipis ketika ini. Pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer.
Sebagaimana yang kita tahu, Papua New Guinea terletak di kawasan yang dipanggil sebagai Lingkaran Api Pasifik. Wilayah ini merupakan kawasan tumpuan aktiviti seismik.
Terdahulu, pada tahun 2018 lalu, Papua New Guinea pernah digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda kawasan tanah tinggi. Bencana tersebut menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan mengorbankan sekurang-kurangnnya 125 orang.
Sumber: News Detik