Siakap Keli
mysejahtera

MySejahtera Kini Boleh Kesan Penyakit Berjangkit Yang Lain, Penyakit Rabies, Denggi & HFMD Masuk Senarai

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengaktifan ciri pengesanan baharu untuk penyakit berjangkit menerusi aplikasi MySejahtera.

Ciri baharu ini dapat mengesan penyakit berjangkit yang aktif di dalam lokasi berdekatan pengguna seperti Covid-19, Anjing Gila (Rabies), Demam Campak (Measles), Denggi dan Kaki, Tangan & Mulut (HFMD).

Menurut KKM, ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit.

Tidak dinafikan, sepanjang pengenalannya kepada masyarakat, aplikasi yang awalnya dibangunkan untuk tujuan pengawalan Covid-19 ini ternyata sangat mudah untuk digunakan. Kini, dengan penambahan ciri-ciri baharu, para pengguna bukan sahaja akan dimaklumkan mengenai status Covid-19 sahaja, malah menjadi lebih peka dengan penularan penyakit-penyakit berbahaya yang lain.

Macam mana nak menggunakan ciri terbaharu ini? Cuma ikut cara di bawah.

Pertama, anda perlu klik pada perkataan “Infectious Disease Tracker” dalam Mysejahtera.

Seterusnya, anda boleh memasukkan lokasi atau kawasan sekitar dimana anda berada. Disini, anda boleh melihat penyakit berjangkit yang dilaporkan di lokasi berkenaan dan jumlah kes yang dilaporkan.

KKM turut menyeru kepada orang ramai agar menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

Terdahulu, kerajaan telah melongarkan SOP dengan tidak mewajibkan pengguna mengimbas kod QR Mysejahtera apabila masuk ke kawasan premis atau tempat-tempat awam.

Namun begitu, aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan bagi tujuan pelaporan ujian pengesanan Covid-19 dan arahan perintah pengawasan serta pemantauan HSO yang diberi secara digital.

BACA: Pahang Rekod 1,145 Kes HFMD Setakat 7 Mei

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Fazidi
" "