Siakap Keli
beza lodeh & lontong
Gambar via Wikipedia/Freepik

Apa Beza Lodeh & Lontong? Masih Ramai Keliru, Ini Penjelasan Cikgu

Apa beza lodeh & lontong yang sering dihidang sebagai santapan utama di pagi raya? Nampak macam sama, tapi betulkah berbeza?

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tempoh hari sudah pasti meriah dengan kepulangan sanak saudara ke kampung dan bersama-sama bergotong-royong melakukan persiapan raya.

Antara yang paling sibuk sudah pastilah nenek-nenek dan mak-mak yang ‘berperang’ di dapur menyiapkan juadah hari raya seperti rendang, ketupat dan sebagainya.

Bapa-bapa pula sibuk di luar menyediakan bara api untuk membakar lemang, iaitu menu wajib di pagi raya. Yang lain-lain pula menyibukkan diri di ruang tamu, pasang langsir dan sebagainya.

Selain menu di atas, terdapat juga menu lain yang wajib di hari raya seperti lontong dan juga lodeh. Sebut pasal dua menu ini, mungkin ada yang masih lagi keliru perbezaan antara dua makanan yang berasal dari Negeri Sembilan ini.

Menerjah akaun Tiktok milik seorang guru Bahasa Melayu, Zackkirana, dia jelaskan perbezaan lontong dan juga lodeh yang kerap kali rakyat Malaysia tersilap dan terlepas pandang.

LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka?” 

Menerusi video perkongsian itu, rupa-rupanya lodeh itu adalah kuah yang bewarna kuning seakan-akan masak lemak cili api yang dimasak menggunakan santan sebagai bahan utamanya.

Manakala lontong pula adalah makanan menyerupai nasi himpit yang dibalut menggunakan daun pisang. Lontong juga merupakan makanan tradisi dari Indonesia yang juga terdapat di Malaysia selain nasi himpit.

Ikuti video dari Zackkirana yang telah kami sertakan di bawah untuk tontonan semua.

@zackkirana27

LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka? Saya nak!!! #fyp #fypシ #cikguzackkirana #cikgubm #raya2022

♬ original sound – zack kirana – zack kirana

Sumber: Zackkirana (Tiktok) 

 

Faiz Mustafa