Siakap Keli
cegah dan kawal jangkitan hfmd
Gambar: Motherhood story via Google

Cara Cegah, Kawal Jangkitan HFMD Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Terdapat pelbagai amalan dalam cegah dan kawal jangkitan HFMD yang ibu bapa perlu ketahui seperti apa yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hand Foot Mouth and Disease (HFMD) merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui sentuhan. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun berpotensi tinggi untuk berjangkit dengan penyakit ini.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan (KKM), ia menyatakan mengenai tindakan berjaga-jaga terhadap risiko jangkitan HFMD kepada anak kecil.

Sehubungan itu, KKM menegaskan agar ibu bapa perlu lebih peka dengan langkah pencegahan dan mengawal jangkitan ini.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit HFMD ini; pertama adalah kerap basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

Yang kedua, jangan berkongsi barangan peribadi. Seterusnya, cuci semua alat permainan dan permukaan meja, kerusi dan lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Ibu bapa juga tidak digalakkan untuk membawa anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai orang. Selain itu, segera bawa kanak-kanak mendapatkan rawatan sekiranya mereka menunjukkan gejala HFMD.

Pastikan keadaan di rumah kekal bersih, pusat pejagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah serta persekitarannya. Semasa bersin, pastikan anak-anak tutup mulut dan hidung. Akhir sekali, jangan hantar yang bergejala ke pusat jagaaan atau sekolah.

Sama-samalah kita mencegah penyakit HFMD ini untuk kekal sihat sentiasa.

cegah dan kawal jangkitan hfmd
Gambar: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

Muhd Iqbal

Editor: Adnin Razak
" "