Wartawan veteran Al-Jazeera, Shireen Abu Aqleh, 51, dilapor maut ditembak tentera Israel ketika membuat liputan mengenai serbuan yang dibuat di khemah pelarian dekat Tebing Barat, Palestin.
Menurut laporan AFP, Kementerian Kesihatan Palestin dan Al-Jazeera mengesahkan berita kematian wartawan wanita berbahasa Arab yang disegani itu.
Israel sebelum ini melaporkan bahawa pihaknya mengadakan satu operasi di tapak khemah pelarian di Jenin, yang didakwa sebagai kubu kuat kepada kumpulan bersenjata Palestin di Utara Tebing Barat.
Pihak berkuasa Israel mendakwa terdapat insiden berbalas tembakan ketika serbuan dibuat dan pihaknya menyiasat ‘kemungkinan’ wartawan berkenaan terkena tembakan daripada pihak bersenjata Palestin.
Ketegangan dilapor memuncak beberapa bulan kebelakangan dengan sekurang-kurang 18 dilaporkan maut sejak sejak 22 Mac, termasuk seorang anggota polis Arab-Israel dan dua warga Ukraine.
Israel meningkatkan operasi di Jenin selepas mendakwa berlaku serangan di kawasan kejiranan berdekatan kawasan berkenaan.
Mengikut rekod AFP, sekurang-kurangnya 30 orang warga Palestin dan tiga anggota keselamatan Israel maut dalam tempoh yang sama. Jumlah berkenaan termasuklah individu yang didakwa terlibat dalam serangan ke kawasan kejiranan dan orang awam yang terkorban sepanjang operasi pihak berkuasa Israel di Tebing Barat.
#UPDATE Veteran Al Jazeera journalist Shireen Abu Aqleh has been shot dead by Israeli troops as she covered a raid on Jenin refugee camp in the occupied West Bank, an @AFP photographer reportshttps://t.co/UQx6mCRRHU pic.twitter.com/1MrPBNtVm5
— AFP News Agency (@AFP) May 11, 2022
BREAKING: Israeli forces have shot dead Al Jazeera journalist Shireen Abu Akleh in the occupied West Bank https://t.co/r4YCqK4ieK pic.twitter.com/ujMSdMfE2c
— Al Jazeera English (@AJEnglish) May 11, 2022
Sumber: AFP