Siakap Keli
Gambar via Victor Da Matta (Facebook)

2 Maut, 14 Cedera Pesawat Terhempas Di Brazil

SAO PAULO, 12 Mei (Bernama) — Sekurang-kurangnya dua maut manakala 14 lagi cedera pada Rabu selepas sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Boituva, Brazil, lapor pihak berkuasa.

Pesawat itu terhempas selepas berlepas dari Pusat Payung Terjun Nasional di Boituva, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan pejabat Datuk Bandar Boituva, pesawat itu milik syarikat pelancongan Skydive4Fun dan membawa seorang juruterbang serta 15 penerjun.

“Dalam sejarah 50 tahun aktiviti payung terjun Boituva ini merupakan nahas pesawat pertama di pusat itu. Ia hari yang sangat menyedihkan,” kata Datuk Bandar Boituva, Edson Marcusso.

Jurucakap bomba berkata mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.

Sementara itu, Tentera Udara Brazil dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pakar sedang menjalankan siasatan di lokasi nahas.

— BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.