Baru-baru ini, pusat beli-belah iOi City Mall Putrajaya telah memperkenalkan satu sistem baru pembayaran parkir kenderaan yang lebih canggih dan efektif.
Menurut perkongsian di laman Twitter Cultura, sebuah sistem Automated License Plate Recoginition untuk parkir kenderaan telah diguna pakai di pusat beli-belah itu.
Dengan kaedah baharu itu, orang ramai juga tidak perlu lagi bersesak dan beratur panjang untuk membayar tiket di mesin pembayaran ‘autopay’ seperti kebiasaannya.
Malah kini, orang ramai hanya boleh membayar bayaran caj parkir kenderaan mereka dengan ‘tap’ kad Touch ‘n Go (TnGo e-wallet) mereka ketika masuk.
“Dah tak payah beratur panjang-panjang untuk bayar tau!” tulis Cultura dalam perkongsian itu. Untuk penerangan lebih jelas, mari ikuti tulisan di bawah.
iOi mall Putrajaya dah pakai sistem Automated License Plate Recoginition untuk parking.
Dah tak payah ambil tiket/tap kad tNgo masa masuk.
Jadi macam mana nak bayar?
p/s: dah tak payah beratur panjang2 untuk bayar tau! pic.twitter.com/COgitFRntW
— Cultura (@culturatravelmy) May 9, 2022
Jenis-jenis Pembayaran Parkir di iOi City Mall Putrajaya
1. TnGo e-wallet
Kalau anda ada ni, tak payah buat apa-apa. Cuma pastikan dalam e-wallet tu ada duit, nanti dia akan tolak terus masa anda nak keluar dari parking.
2. Bayar online
Ha, yang ini ramai yang terlepas pandang. Anda boleh bayar pakai Boost, GrabPay & perbankan online! Mudah gila. Macam mana caranya?
Dekat tiang-tiang parkir & pintu-pintu banyak dilekatkan poster ni. Anda cari saja poster ini & imbas kod QR tu pakai pengimbas QR (QR scanner).
Kalau malas nak cari, korang simpan pautan ni: https://panaxis.com.my/d/ioicity/findcar/

Lepas imbas dia akan suruh masukkan nombor pendaftaran kenderaan (plat). Lepas tu ikut saja langkah macam dalam gambar ni.

Lepas anda dah selesai bayar, akan dapat resit macam ni. Aku suka bayar pakai Boost/Grabpay sebab dapat point/coin yang boleh guna untuk pembelian seterusnya.

3. Bayar manual
Langkah ini kurang digalakkan kerana memerlukan anda untuk beratur panjang lagi-lagi pada waktu puncak dan hujung minggu. Nak tunggu beratur tu saja dah 15 minit. Rugi banyak tu. Haha!
Jangan lupa retweet & follow @culturatravelmy. Kitorang akan update lebih banyak info & tips dalam & luar negara. Follow tau!
Sumber: Cultura