Siakap Keli
Pesawat
Gambar via NDTV

Pesawat Bawa 11 Penumpang Ditemukan Di Hutan Di Cameroon Selepas Terputus Hubungan

YAOUNDE, 12 Mei (Bernama) — Sebuah pesawat membawa 11 penumpang dilaporkan terputus hubungan pada Rabu malam sebelum pesawat itu ditemukan di hutan berhampiran Nanga Eboko, di Cameroon, lapor Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Cameroon Jean Ernest Ngalle Bibehe dalam satu kenyataan.

“Pasukan penyelamat kini dalam perjalanan ke lokasi pesawat ditemukan untuk memberikan bantuan,” kata Bibehe.

Pesawat itu dalam perjalanan ke wilayah Belabo selepas berlepas dari Yaounde, ibu negara Cameroon.

Media tempatan melaporkan penumpang pesawat terdiri pekerja syarikat minyak.

— BERNAMA

Faiz Mustafa

Editor: Faiz Mustafa
@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "