Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Piala Thomas: Aaron Chia-Ee Yi Tundukkan Beregu India, Peluang Ke Separuh Akhir Kembali Terbuka

Pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Teo Ee Yi mengikuti jejak langkah Lee Zii Jia apabila berjaya menumpaskan beregu dari India dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas sebentar tadi.

Kedua-dua mereka berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan mata 21-19 dan 21-17.

Kemenangan itu menghidupkan peluang pasukan negara ke separuh akhir.

Terdahulu, satu lagi beregu negara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tumpas di tangan beregu India.

Malaysia kini terikat 2-2 dengan negara India. Peluang untuk melangkah ke separuh akhir kini terletak di tangan pemain perseorangan negara iaitu Leon Jun Hao.

Maklumat lanjut akan menyusul

 

Sumber: Bernama

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Editor: Sofea Shahira
@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "