Temasya Sukan SEA ke-31 secara rasminya bermula selepas upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang sebentar tadi.
Dalam upacara yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, perarakan masuk kontinjen Malaysia pastinya antara yang mencuri tumpuan.
Segak berpakaian tradisional, jaguh terjun negara, Nur Dhabitah Sabri bertanggungjawab membawa Jalur Gemilang dan mengetuai perarakan tersebut.
Dalam upacara tersebut, Vietnam mempersembahkan acara pembukaan yang memukau mata memandang menerusi warna, cahaya dan bunga api yang bersemarak di Stadium Nasional Ny Dinh.
Temasya sukan dwitahunan yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini dibahagikan kepada tiga segmen, iaitu “Vietnam Yang Ramah”, “Asia Tenggara Yang Kuat” dan “Asia Tenggara Yang Menyinar” , dimulai dengan acara tabik hormat kepada bendera Vietnam dan nyanyian lagu kebangsaan tuan rumah, lapor Bernama.
Pembawa Jalur Gemilang yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri mengetuai perarakan masuk kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan rasmi #SukanSEA ke-31 di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam malam ini.
📸 Zulfadhli Zulkarnain & Faisal Jaafar | BERNAMA pic.twitter.com/12ey74ytn9
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 12, 2022
View this post on Instagram
Sumber: Bernama