Siakap Keli

Tak Mahu Pelanggan Kecewa, KFC Lancar Polisi Tukar Ayam Lain Kalau Tak Puas Hati, Ini Caranya

Bila bercakap mengenai KFC, pasti ramai yang setuju yang restoran ini mempunyai nilai sentimental dalam hati rakyat Malaysia. Apa tidaknya, menang bola sambut kat KFC, masuk gaji makan kat KFC, raya terkejut pun beli KFC dan banyak lagi situasi-situasi positif yang akan diraikan bersama hidangan KFC. Sehinggakan, sekiranya anak-anak menangis pun dipujuk akan dibelikan KFC.

Berpatutan dengan sambutan tanpa henti rakyat Malaysia terhadap restoran makanan segera ini, KFC terus mengekalkan komitmen yang sama iaitu berterusan mencipta juadah menyelerakan. Pengalaman mengunjungi atau menikmati juadah KFC juga sangat bermakna, disebabkan itulah KFC terus membawakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Tapi bagaimana pula kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti ayam yang di beli?

Polisi “Rasa Berkualiti Terjamin”

Bagi memastikan pelanggan dapat menikmati ayam KFC yang berkualiti, KFC telah melancarkan Polisi Rasa Berkualiti Terjamin yang membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Bila dah tukar, barulah pelanggan boleh tersenyum semula mendapat hidangan ayam yang diidam-idamkan.

Pun begitu, ada beberapa langkah yang perlu dibuat supaya dapat menukarkan kepada ayam yang confirm anda puas hati kat KFC. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan ‘submit’ borang penukaran, dan tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan ayam gantian.

Jimat Siang, Promosi Baharu

Bagi memastikan anda terus tersenyum menikmati hidangan mereka, KFC secara rasminya telah melancarkan Jimat Siang, promosi baharu untuk waktu terhad bermula semalam. Jimat Siang ini boleh dinikmati dengan harga berbaloi iaitu serendah RM7.99 bagi set kombo makan tengah hari. Pelanggan boleh menikmati harga diskaun eksklusif ini dari Isnin sehingga Khamis iaitu 12 tengah hari – 2 petang dengan 6 variasi kombo untuk dipilih.

  1. Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
  2. Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60)
  3. Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49)
  4. Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
  5. Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99)
  6. Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

Promosi ini juga boleh didapati tidak kiralah anda membelinya untuk dibawa pulang, pandu lalu ataupun makan di restoran. Walaupun diskaun ini boleh didapati di kebanyakan restoran KFC seluruh negara, tetapi promosi ini tidak terdapat di restoran KFC terletak di Intermark Mall, Pavilion Shopping Centre, Avenue K Shopping Centre, Langkawi, Legoland, Delco, Genting & Airports.

NFT KFC Eksklusif

Bukan setakat itu sahaja, KFC juga telah bekerjasama dengan artis berbakat tempatan iaitu Wilson Ng, Book of Lai, dan Arif Rafhan Othman untuk menghasilkan 11 karya NFT unik sebagai penghormatan kepada 11 herba dan rempah rahsia KFC. Lebih menarik, peminat boleh mendapatkan 8 NFT KFC Eksklusif – Original KFC Moments bermula 10 Mei 2022 jam 1 petang di OpenSea, pasaran NFT terbesar manakala 3 NFT lagi boleh dimenangi melalui pertandingan di media sosial Instagram KFC @kfcmalaysia.

Menarik bukan, tapi ianya tidak terhenti setakat itu sahaja sebab KFC turut memperkenalkan mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi. Peminat boleh melawat Pizza@Starhill Galeri untuk bermain dan menang baucar KFC serta bantal Drummie bermula 10 Mei sehingga 9 Jun 2022 mengikut tarikh dan waktu yang dijadualkan. 

Anda juga boleh mengajak keluarga mengunjungi KLCC Juntion dan Pavilion ELITE untuk melihat visual 3D bagi menghidupkan saat-saat manis KFC.

Harga dah murah, kalau tak puas hati boleh tukar

Seperti yang dinyatakan di atas, 6 kombo boleh didapati dengan harga promosi serendah RM7.99 di kebanyakan restoran KFC seluruh Malaysia. Lebih menarik, anda tidak perlu risau sekiranya mendapat ayam yang dirasakan tidak memuaskan kerana anda boleh menukarkannya kepada ayam yang pasti anda akan berpuas hati di kaunter.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #itsFingerLickinGood, anda boleh melayari itsfingerlickingood.kfc.com.my



syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa