Siakap Keli
Foto: Bernama

Tragedi Lima Pelajar USAS: Suasana Sedih, Pilu Selubungi Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar

Suasana pilu dan hiba menyelubungi sekitar pekarangan unit Forensik Hospital Kuala Kangsar setelah mayat mangsa kemalangan maut di KM Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tiba sebentar tadi.

Memetik daripada perkongsian ringkas Bernama, kelihatan ahli keluarga kepada kelima-lima pelajar USAS yang rentung akibat kemalangan tidak dapat menahan sebak.

Difahamkan, ahli keluarga serta waris mangsa datang ke unit forensik ini bagi proses bedah siasat hari ini.

Halimi Ali Yahad 50, dan isteri Nor Laila Paralan 47, ibu bapa kepada Iqbal Hasnun Halimi 23, salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler malam tadi kelihatan sebak ketika tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar hari ini.

Terdahulu, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.52 pagi itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan dua buah treler di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar. Dalam kejadian itu, pemandu treler berusia 28 tahun dan 37 tahun tidak mengalami kecederaan.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Edayu
" "