Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan sehingga jam 8.00 malam ini.
Antara negeri yang terlibat adalah Kedah di Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Selain itu, negeri lain yang terlibat adalah Kelantan di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang serta Terengganu di Hulu Terengganu.
Di negeri Pahang pula, daerah yang terlibat adalah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Bera.
”Bagi negeri Selangor, ia melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat.
”Seluruh kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka akan dilanda ribut petir serta di Johor melibatkan daerah Tangkak dan Batu Pahat,” maklum MetMalaysia.
Sementara itu, bagi negeri Sarawak, kawasan yang terlibat adalah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu, Miri (Marudi) dan Limbang.
Manakala Sabah, ia melibatkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia