Siakap Keli

Peka Dengan Hebahan MetMalaysia, Ini 4 Kesan Cuaca Semasa Monsun Barat Daya

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada Sabtu, 14 Mei 2022 dan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa semasa tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.

Justeru itu, dalam tempoh ini juga, bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan di kebanyakan tempat. Oleh itu, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka adalah tidak terkawal.

Disamping itu, masyarakat Malaysia perlu peka dengan corak cuaca yang dijangka berlaku semasa Monsun Barat Daya ini. Antaranya adalah taburan hujan yang rendah, jangka hayat garis badai boleh mencapai sehingga beberapa jam serta bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan di kebanyakan negeri.

Selain itu, fenomena garis badai atau lebih dikenali sebagai ‘squall line’ yang membawa hujan lebat, angin kencang dan ribut petir boleh berlaku di kawasan pantai barat Semananjung dan barat Sabah pada awal pagi.

Empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya

Bukan itu sahaja, anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan.

Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar  tidak melakukan pembakaran secara terbuka. Hal ini untuk mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Selain itu, anda dinasihatkan tidak membuat puntung rokong merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya.

BACA: Remaja Didakwa Bunuh Bayi Sendiri Dibenar Ikat Jamin

Sumber: MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang