Siakap Keli
remaja bunuh
Foto: Kompas

Geram Orang Tuanya Dihina, Remaja Didakwa Bunuh Rakan Baik Sendiri

Seorang remaja lelaki bertindak membunuh rakan sekerjanya di sebuah asrama pekerja di wilayah Kecamatan Silimakuta, Kabupaten pada Ahad lalu. Mangsa bunuh itu ditemui meninggal dunia dengan kesan cedera diperut dan leher.

Hasil  siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai bertindak menghina kedua-dua orang tuanya.

Polis yang memeriksa tempat kejadian kemudiannya menemui sebilah pisau berlumuran darah yang berada tidak jauh daripada bilik penginapan mangsa.

Memetik laporan Kompas, remaja berkenaan berjaya ditahan ketika ingin melarikan diri ke Bandar Khalifah, Kota Tebing Tinggi, Sumatera Utara.

Menurut saksi, remaja dan mangsa bunuh tersebut merupakan rakan sebilik dan berada di dalam bilik yang sama. Pada malam kejadian, mereka sempat mendengar suara mangsa menjerit meminta pertolonngan.

Berdasarkan laporan, mangsa merupakan penduduk di Dusun Sualan, Nagori Sibaganding, Kabupaten Simalungun yang bekerja di sebuah gudang sayur di Saribudolok.

Justeru itu, polis menyifatkan kes pembunuhan ini kerana suspek sakit hati.

Dalam perkembangan membabitkan kes jenayah dalam negara pula, seorang remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan hari ini sementara menunggu perbicaraan kes itu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah, membenarkan remaja itu diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Yaacob berkata ikat jamin itu hanya akan berkuat kuasa selepas gadis itu selesai menjalani penilaian psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor.

Sumber: Kompas.com

Baca juga: Ini 4 Kesan Cuaca Semasa Monsun Barat Daya, Orang Ramai Diminta Peka Dengan Ramalan Cuaca MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.