Siakap Keli
apa itu forensik audit

Apa Itu Forensik Audit Dan Bagaimana Ia Berfungsi? Ini Penjelasannya

Sejak kebelakangan ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu yang dimaksudkan dengan forensik audit? Ya, tidak dinafikan, jika anda bukan daripada bidang kewangan atau akauntan sudah pasti perkataan ini mungkin asing buat anda.

Jadi, hari ini SK ingin kongsikan dengan anda semua tentang maksud dan peranan forensik audit ini kepada syarikat-syarikat besar dan ternama.

Memetik daripada perkongsian Cleartax, forensik audit ini merupakan analisis dan semakan rekod kewangan syarikat atau individu untuk mengeluarkan fakta yang boleh digunakan untuk undang-undang. Bahan bukti yang dikumpul mestilah cukup untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah di mahkamah.

Jabatan pengauditan forensik

Difahamkan, kebanyakan firma perakuanan utama perlu mempunyai jabatan pengauditan forensik. Forensik audit ini merangkumi spektrum besar semasa aktiviti siasatan dijalankan.

Selain itu, forensik audit ini boleh mendakwa mana-mana syarikat atau pihak atas kes peniuan, penyelewengan atau jenayah kewangan yang lain. Juruaudit boleh dipanggil semasa proses forensik audit untuk membantu siasatan dan menjadi saksi semasa prosiding perbicaraan.

Apakah sebab menjalankan forensik audit?

Mungkin ramai yang tertanya tentang fungsi forensik audit ini? Siasatan forensik audit ini berkemungkinan dapat mendedahkan atau mengesahkan pelbagai jenis aktiviti haram. Biasanya, daripada audit biasa, forensik audit digunakan jika terdapat kemungkinan bukti yang dikumpul akan digunakan di mahkamah.

Untuk pengetahuan anda, proses audit forensik ini dijalankan seperti cara lama iaitu merancang, mengumpul bukti dan menulis laporan. Langkah selanjutkan adalah kemungkinan untuk hadir ke mahkamah.

Peguam di kedua-dua pihak akan menunjukkan bukti bahawa jenayah itu sama ada ditemui atau tidak dibuktikan. Mereka kemudiannya menjelaskan kesimpulan mereka kepada defendan sekiranya kes itu dibicarakan di hadapan hakim.

Bagaimana proses audit forensik dijalankan dan berfungsi?

Audit forensik terdiri daripada langkah-langkah berikut;

Pertama, merancang penyiasatan. Juruaudit forensik dan pasukannya akan merancang penyiasatan mereka untuk mencapai objektif.

Keduanya, mengumpul bukti. Untuk makluman, bukti yang dikumpul hendaklah mencukupi untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah tentang identiti penipuan, mendedahkan butiran skim penipuan dan mendokumenkan kerungian kewangan yang dialami oleh pihak yang terjejas.

Seterusnya adalah pelaporan. Audit forensik memerlukan laporan bertulis mengenai jenayah untuk diberikan kepada pelanggan supaya mereka boleh terus failkan kes undang-undang.

Akhir sekali adalah prosiding mahkamah. Semasa prosiding mahkamah dibicarakan, penyiasat forensik perlu hadir ke mahkamah untuk menjelaskan bukti  yang dikumpulkan dan cara suspek ditemui oleh mereka.

Sumber: Cleartax

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Sha Rossa
" "