Siakap Keli
aplikasi TikTok

Ramai Ibu Bapa Risau Anak Asyik Main TikTok, Rupanya Ada ‘Rahsia’ Lain Mereka Belum Tahu

Memang tak boleh disangkal lagi, penggunaan aplikasi TikTok sekarang semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan kebanyakan orang tidak kiralah peringkat umur. Dari muda hingga ke tua, aplikasi ini semakin dekat dengan pengguna telefon pintar. Apa tidaknya, pelbagai perkara dapat dilihat ditambah lagi dengan suntingan muzik di dalamnya yang boleh memberikan daya penarik kepada ramai orang.

Pun begitu, penggunaan TikTok dalam kalangan anak-anak telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa. Apa tidaknya, mereka bimbang sekiranya anak-anak mereka terdedah kepada unsur-unsur yang tidak sesuai bagi lingkungan umur mereka. Itu apa yang mereka risau kerana mereka belum tahu ‘rahsia’ lain di sebalik sambutan yang sangat menggalakkan terhadap aplikasi ini.

TikTok secara am digunakan sebagai salah satu platform perkhidmatan rangkaian sosial terkenal berfokuskan video. Pelbagai jenis video yang boleh dimuat naik seperti yang berbentuk pendek, daripada genre seperti gurauan, aksi, helah, jenaka, tarian atau hiburan

Penggunaan Aplikasi TikTok

aplikasi TikTok

Sekarang Aplikasi TikTok dapat menawarkan lebih daripada sekadar perkongsian video. Kalau dapat dilihat, isu semasa yang penting dapat dikongsi menerusi aplikasi ni secara pantas, peluang untuk membuat pendapatan tambahan juga dapat dilakukan dan sebagainya. Tau tak sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan aplikasi TikTok ni tau. Kadang-kadang, anak-anak dapat belajar lebih dengan guna aplikasi ni tau.

Apakah faedah pelajar menggunakan TikTok? Soalan yang selalu diajukan oleh pelbagai pihak. Guru, ibu bapa, golongan tua dan sebagainya masih tak tahu secara mendalam apa kebaikan yang pelajar boleh dapat menerusi aplikasi TikTok ni. Menerusi aplikasi ni, banyak juga kebaikan yang boleh pelajar dapat untuk kegunaan mereka.

Showcase Hari Guru Di UMK

Haa, untuk yang nak tahu lebih lagi informasi tentang kebaikan menggunakan TikTok ni untuk pelajar, anda boleh mengunjungi program ‘Tips As Top TikTokers’ dan juga Ted Talk ‘Spell And Sound With TikTok’ untuk mendapatkan pelbagai lagi pendedahan kepada aplikasi ini.. Menarik juga ya semua program yang akan diadakan.

Program berkaitan TikTok ni secara khususnya akan dilakukan pada tarikh 15 dan 16 Mei nanti tau. Selain daripada program berkaitan aplikasi tersebut, ada banyak lagi aktiviti menarik yang pelajar boleh hadapi. Antaranya adalah seperti robotik, persembahan bahasa, aktiviti matematik dan macam-macam lagi. Pelbagai aktiviti pembelajaran.

Showcase Hari Guru yang berlangsung di UMK Bachok ni akan ada sehingga lah 16 Mei 2022 tau. Masih ada lagi masa untuk anda sekeluarga meluangkan masa lapang bersama dengan melakukan aktiviti yang dapat memberi manfaat pada anak-anak anda.  Selain program, terdapat juga gerai jualan makanan, cabutan bertuah dan aktiviti.

Nor Fakhry