Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan via UPI

Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Bakal Membadai Hampir Seluruh Negara Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan sehingga jam 9.00 malam ini.

Antara negeri yang terlibat adalah Kedah di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim.

Manakala di Kelantan melibatkan daerah Jeli dan Pasir Puteh, Terengganu di daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Di negeri Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di negeri Selangor iaitu di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

”Bagi Negeri Sembilan melibatkan kawasan Seremban dan di Johor pula dijangka berlaku di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum MetMalaysia.

Sementara itu, bagi negeri Sarawak melibatkan kawasan Limbang (Lawas). Manakala di Sabah, melibatkan kawasan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Orang ramai yang berada di kawasan yang terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa mengikuti info terkini cuaca di MetMalaysia.

Sumber: MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Sha Rossa
" "