Siakap Keli
tingkat lapan
Gambar: Twitter

Dijulang Wira, Lelaki Pertaruh Nyawa Selamatkan Budak Tergantung Dari Tingkat Lapan

Seorang lelaki di Kazakhstan telah dijulang sebagai wira selepas bertindak memanjat sebuah bangunan untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tergantung di tingkat lapan.

Video penyelamatan itu lantas menjadi tular di media sosial.

Menurut portal India Times, semasa ibunya pergi membeli-belah, kanak-kanak itu menggunakan kerusi sofa dan mainan untuk memanjat keluar dari tingkap, dan tergantung menggunakan jarinya.

Pada ketika itu, Sabit Shontakbaev sedang dalam perjalanan untuk pergi bekerja dengan seorang rakan.

Ketika dalam perjalanan, dia telah terlihat orang ramai berkumpul di bahagian bawah bangunan tersebut sambil menonton kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu sedang berpaut pada tingkat lapan tingkap bangunan berkenaan.

Tanpa berfikir panjang, Shontakbaev terus meluru masuk ke dalam bangunan itu dan mengetuk pintu apartmen di bawah rumah kanak-kanak tersebut.

Dia terus memanjat keluar dari tingkap itu dan secara dramatiknya menyambut dan menangkap kaki gadis tersebut sebelum berjaya membawanya ke tempat selamat.

Video penyelamatan itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 18 ribu kali.

Sumber: India Times

Aqmal Ezany

I write what is right