Siakap Keli
Gambar: Youtube Turning Point

Saintis Dakwa Temui Jalan Menuju Ke Atlantis

Pada April lepas, sekumpulan ahli saintis temui satu struktur aneh dipercayai jalan lama yang merupakan laluan menuju ke Atlantis di dasar lautan Pasifik.

Di Seamounts, Hawaii, sekumpulan ahli oseanografi daripada kru kapal Nautilus menemui sebuah struktur batu kuning menerusi lensa alat ‘pencarian’ khas kawalan jauh.

Menerusi rakaman dalam penemuan pada 29 April itu, ia memperlihatkan struktur batu dipercayai menyerupai jalan yang masih berada dalam keadaan baik di lantai laut itu.

Difahamkan, rekahan batu-bata yang berwarna kekuningan itu seakan-akan menunjukkan arah jalan menuju ke kota yang hilang itu.

Walaupun bentuknya sudah tidak kukuh seperti yang diceritakan dalam mitos terdahulu, namun ada sebahagian struktur itu masih berbentuk seperti batu jalan – seperti yang diuji menggunakan alat kawalan jauh tersebut.

Difahamkan, penemuan struktur ganjil itu terletak pada kedalaman 1,000 meter bersamaan 3,000,376 kaki berhampiran Newcastlemount di dasar lautan Pasifik.

Ekspedisi yang dinamakan Louis Guy itu telah dirakam sepanjang kajian tersebut yang dijalankan di sekitar Taman Negara Marin Papa Homo, Mexico.

Selepas ekspedisi penerokaan itu dijalankan, mereka kemudiannya menyiarkan sebuah video dokumentari ringkas mengenainya melalui saluran YouTube.

Menerusi rakaman itu, “Ia mungkin sebatang jalan untuk menuju ke Atlantis,” kata seorang saintis.

Menurut penulisan Plato, Atlantis ialah sebuah bandar yang hilang dan ia dipercayai tenggelam di dalam lautan berhampiran Selat Gibraltar di Mediterranean.

Plato, merupakan murid kepada Socrates dan guru kepada Aristoteles adalah seorang ahli falsafah Greek yang sangat masyhur pada eranya.

Menurut ahli falsafah itu, dia pernah menulis tentang sebuah bandar yang tenggelam di dalam laut itu kira-kira-kira pada tahun 360 sebelum Masihi lalu.

Katanya, bandar itu musnah dan tenggelam dipercayai akibat ketamakan dan kerakusan penduduknya sendiri seperti kekayaan dan kuasa.

Selain itu, dikatakan turut berlaku sebuah gempa bumi yang dahsyat sehingga mengakibatkan tsunami besar yang menghancurkan Kota Atlantis itu sekelip mata.

Bagaimanapun, para pakar mempunyai takrifan dan teori mereka yang lain, ia menyatakan bahawa tenggelamnya bandar itu mungkin disebabkan faktor gunung berapi yang aktif pada zaman tersebut.

Sehingga sekarang, masih tiada bukti kukuh mengenai kota yang hebat itu pernah wujud suatu ketika dahulu walaupun pelbagai kajian telah dijalankan dan ia dipercayai tidak lebih daripada mitos.

Sumber: Turning Point

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.