Regu badminton lelaki negara tampil dengan aksi penuh bertenaga sebelum melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah, di Sukan Sea Vietnam tadi.
Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke Twitter, ia menyaksikan perlawanan sengit antara kedua-dua regu dengan menunjukkan satu ‘rally yang gila’ sepanjang beraksi.
Gandingan negara, Arif Junaidi dan Muhammad Haikal saling berbalas smash ke arah pemain lawan ketika di hujung set penentuan dengan kedudukan mata Malaysia ketinggalan 19-20 ketika itu.
Walaupun seorang pemain negara terpaksa merebahkan badan untuk memastikan bulu tangkis tidak jatuh, namun mereka masih mampu mengawal permainan dengan sangat baik.
Selepas kira-kira lebih 40 saat kedua-dua pihak saling berentap ganas tanpa henti, akhirnya bulu tangkis yang dipukul pemain Vietnam terkandas di net, sekaligus menjadikan pasukan tuan rumah itu ‘tersungkur’.
Justeru akibat kesilapan pukulan smash yang tidak menjadi oleh Vietnam, maka secara automatik kemenangan penuh berpihak kepada Malaysia dengan kelebihan mata yang tipis 22-20.
Ni rally yang terpaling crazy above all from AriHai!!! Haikal terpelanting, smashes defenses sana sini, team Malaysia yg blkg tu is my reaction 🤣🤣🤣
PROUD OF YOU BOTH, PATATIMO BOYS!
Tahniah men's team Malaysia berjaya ke semi finals🔥🙌🏻🇲🇾#SEAGames2021 pic.twitter.com/YURc77vFIl
— Z 🇲🇾 (@theone_xyz) May 16, 2022
Serentak itu juga, kedua-dua gandingan regu negara itu bersorak kegembiraan sehingga terbaring puas di gelanggang meraikan ‘rally’ perlawanan yang sangat ‘memanaskan’ adrenalin itu.
Akhirnya kemenangan tersebut melayakkan Malaysia mara ke separuh akhir selepas pemain Vietnam, Dinh Hoang Nguyen dan Dinh Manh Trandengan tewas dengan keputusan 15-21, 21-12 dan 22-20 pada set penentuan.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh Persatuan Badmintan Negara (BAM), menyatakan keputusan Regu lelaki meraih kemenangan 3-1 ke atas Vietnam.
“Arif Junaidi-Muhammad Haikal def. Dinh Hoang Nguyen-Dinh Manh Tran 15-21 21-12 22-20” tulis BAM di Twitter malam ini.
RESULTS: #SEAGames2021 QF (Men’s Team)
🇲🇾 3-1 🇻🇳
Arif Junaidi-Muhammad Haikal def. Dinh Hoang Nguyen-Dinh Manh Tran 15-21 21-12 22-20#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/REsavIE1Ux
— BAM (@BA_Malaysia) May 16, 2022
Sumber: Twitter @theone_xyz, BAM