Siakap Keli

Cara Bancuh Susu Formula Dengan Betul, Silap Langkah Bayi Boleh Kembung Perut

Terdapat banyak cara bancuh susu formula dengan betul, namun tidak dinafikan ada kalanya segelintir ibu bapa terlepas pandang beberapa perkara.

Penjagaan bayi sememangnya bukan satu hal yang mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa. Banyak perkara perlu dititik beratkan, malah persekitaran serta keadaan juga berubah bila menimang cahaya mata.

Biasanya, anak menangis pada waktu malam dan ibu bapa kurang tidur itu adalah perkara biasa dihadapi oleh mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa. Ada banyak lagi cabaran lain yang perlu dipelajari dan dihadapi.

Namun terdapat juga beberapa lagi perkara lain yang mungkin kita terlepas pandang hingga berisiko menyebabkan bayi itu sakit dan seumpamanya. Salah satunya adalah cara bancuhan susu formula yang salah.

Pada kebiasaannya, segelintir ibu bapa mungkin akan bancuh susu dengan menggunakan air panas terlebih dahulu atau masukkan susu formula dahulu sebelum air. Rupa-rupanya, ini adalah cara bancuhan susu yang salah.

Meneroka video di aplikasi Tiktok, kami menemukan satu perkongsian daripada seorang pengamal perubatan yang menggunakan nama The Dressar mengenai cara bancuhan susu formula yang betul dan lebih selamat untuk mengelakkan bayi sakit perut.

Menurut perkongsian itu, pertama sekali, jangan gunakan air panas, sebaiknya gunakan air suam terlebih dahulu dan masukkannya ke dalam botol susu. Kemudian sukat kuantiti air sebelum masukkan serbuk susu.

Setelah sukat dan tentukan kuantiti air, baru masukkan serbuk susu formula. Jelasnya, hal ini adalah untuk pastikan kandungan air mencukupi bagi mengelakkan bayi mengalami masalah sembelit.

Selain itu, cara goncangkan susu juga memainkan peranan untuk mengelakkan bancuhan susu itu menghasilkan buih yang banyak hingga boleh menyebabkan bayi mengalami perut kembung.

“Sebaiknya gunakan sudu dan kacau perlahan,” katanya dalam video tersebut.

Untuk ilustrasi dan penjelasan yang lebih mudah difahami, anda boleh tonton video yang telah kami sertakan di bawah & semoga bermanfaat.

@the.dressar

Reply to @heyla_910

♬ Dewi – Dewa 19

Sumber: The Dressar (Tiktok)

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.