Siakap Keli
Myvi langgar tembok
Gambar via BERNAMA

Myvi Langgar Tembok, Wanita Cedera Terkena Serpihan Batu – BOMBA

SEREMBAN, 16 Mei (Bernama) — Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut terjatuh lalu menimpa mangsa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.46 petang dan enam anggota termasuk pegawai dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bagi memastikan kenderaan itu stabil daripada terjatuh dari tingkat berkenaan, kenderaan mangsa ditarik menggunakan kenderaan ‘towing’ dan diserah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan polis,’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjutnya.

— BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.