Siakap Keli
batang lolipop cegah hamil
Gambar: Oddity Central

‘Doktor’ Didakwa Tanam Batang Lolipop Bawah Lengan Wanita Untuk Cegah Hamil

Seorang ‘doktor‘ didakwa tanam batang lolipop bawah lengan wanita sebagai ‘usaha’ untuk cegah hamil, lapor Oddity Central.

Jose Daniel Lopez, 38, telah ditangkap baru-baru ini atas kesalahan menyamar sebagai doktor dan menanam batang lolipop plastik di bawah kulit wanita.

Difahamkan, lelaki yang berasal dari Venezuela itu telah memperdaya sekurang-kurangnya 25 wanita sehingga mereka berfikir bahawa ia adalah alat perancang kehamilan yang canggih.

Dia yang tidak memiliki sijil perubatan itu kemudiannya memalsukan ijazah perubatan dan bekerja di sebuah pusat kesihatan di La Victoria da Maracay, Venezuela.

doktor didakwa
Gambar: Oddity Central

Menurut Mayo Clinic, prosedur Implanon yang betul itu sebenarnya merujuk kepada proses melepaskan dos hormon progestasional yang rendah dan stabil.

Difahamkan, ia bertujuan bagi menipiskan lapisan rahim di samping menekan ovulasi melalui sejenis batang plastik kecil yang ditanam di bawah lengan.

Bagaimanapun, dalam kes Lopez ini, dia menukar alat yang biasa digunakan kepada sebuah batang lolipop plastik yang tidak memberikan apa-apa kesan.

Penipuan Lopez pada awalnya tidak dipercayai, namun ia terbongkar selepas seorang doktor bernama Rafael Chirinos memberikan amaran kepada orang ramai mengenai beliau melalui media soial.

Rafael mendakwa bahawa dia telah mendapat tahu selepas seorang wanita mengandung walaupun telah menjalani proses itu bagi mencegah dirinya mengandung.

Selepas meneliti semula kerja Lopez, Dr. Rafael menasihati wanita itu agar pergi membuat pemeriksaan semula mengenai proses Implanon tersebut secepat mungkin.

“Saya sering melihat status di WhatsApp seorang doktor yang sepatutnya, pakar ginekologi, sering mempromosikan pembedahan untuk menggunakan kaedah kontraseptif menggunakan Implanon.

“Ternyata ia adalah satu penipuan, apa yang dia tanamkan adalah batang lolipop,” katanya.

Lopez akhirnya ditahan di kawasan El Castano di Aragua dan dituduh atas kesalahan mengamalkan perubatan secara haram dan memalsukan dokumen rasmi.

doktor didakwa
Gambar: Oddity Central

Sumber: Oddity Central

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.