Siakap Keli

2 Minggu Masih ‘Fresh’, Petua Simpan Sayur & Ulam Untuk Tahan Lebih Lama

Sememangnya terdapat pelbagai cara atau petua yang bagus untuk simpan sayur dan ulaman untuk sentiasa kekal segar dan tahan lebih lama di dalam peti sejuk. Petua ini amat berguna untuk diguna pakai oleh kaum hawa tentunya yang malas untuk berulang-alik ke kedai dan seterusnya akan mampu mengelakkan pembaziran.

Hal ini kerana,  setiap jenis sayur-sayuran mahupun ulam-ulaman mempunyai jenisnya yang tersendiri. Ada yang cepat dan mudah menjadi rosak dan ada juga yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama. Namun, sekiranya kita tahu petua untuk menyimpannya menjadi tahan lebih lama, maka sudah tentu tidak berlakunya pembaziran dan manalah tahu boleh terus buat stok di rumah.

Berikut merupakan perkongsian yang dibuat oleh Areini Hezry di ruangan Facebook iaitu petua menarik untuk menyimpan sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Semoga pengalaman dan perkongsian beliau dapat dijadikan sebagai panduan untuk kita semua.

DAUN KARI

Dah 2 minggu masih fresh. Petua simpan sayur dan ulam: tak payah basuh terus letak dlm bekas kering dan tutup rapat. Letak tempat beku. Nak guna nanti baru basuh. Boleh guna kaedah sama utk simpan DAUN LIMAU PURUT.

DAUN BAWANG DAN SERAI

Nampak segar kehijauan kan. Masih segak bergaya walau dah dekat 4 minggu. Cara simpan: letak air dlm bekas paras akar simpan peti sejuk. Kena rajin tukar air. Pastu trim ujung daun yg layu.. trim takat yang layu ja mcm dalam gambar. Kaedah sama juga kalau nak simpan DAUN SUP.

PETAI
Dah banyak hari tapi masih handsome fresh dan rapuh biji petai. Cara simpan: simpan trus tempat beku dengan kulit tak payah kopek biji. Kalau kopek ambik biji simpan beku nanti lembikk. Tak caya buat laaaa. Saya letak macamni sahaja.

PELAM, ULAM ULAMAN

Masa ni pelam ni dah dekat 3 minggu, tapi masih fresh dan rapuh macam baru petik dari pokok! Sama jugak dengan pucuk pegaga tu mak bagi bekal dari kampung daun masih elok tak layu. Cara simpan: rendam dalam air pastu letak peti sejuk. Kalau pelam yang dah masak pun sama jugak, beli banyak² tak habis makan boleh simpan cara sama tak mahu bagi buruk. Rekod saya simpan 2 bulan masih elok.

BUNGA KANTAN

Jiran bagi bunga kantan dah seminggu. Elok molek dia mekar dalam peti. Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras batang. Simpan dalam peti sejuk.

KANGKUNG

Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras akar smpai batang sikit.. rajin² tukar air 3 hari sekali. Nanti kalau ada daun kuning macam dalam gambar kutip la buang. Lagi kita petik lagi naik pucuk muda bercambah. Syokk tak payah tanah nak tanam kangkung. Guna jug saja, yang ni tak payah letak peti ais. Letak luar sahaja.

Selamat mencuba semua petua menarik yang dikongsikan ini…

Sumber: Areini Hezry

Nurlizah Khazani