Siakap Keli
lelaki 55 tahun
Gambar: liputan6

26 Kali Gagal Ujian Kemasukan, Lelaki 55 Tahun Masih Gigih Cuba Masuk Universiti

Seorang lelaki berusia 55 tahun gagal sebanyak 26 kali gigih ikuti ujian memasuki ke Universiti, lapor Liputan6.

Liang Shi, lelaki berasal dari negara China masih mempunyai cita-cita walaupun usianya yang kian meningkat tua.

Difahamkan, dia telah mengikuti ujian yang dikenali sebagai “Gaokao”, sebuah ujian kemasukan ke institut perguruan di China sejak tahun 1983.

lelaki 55 tahun
Gambar: liputan6

Ujian Gaokao adalah ujian kemasukan perguruan peringkat tinggi mengikut standard tahunan China. Ujian itu dikatakan terkenal dengan kesukarannya sehingga membuatkan lelaki itu secara berterusan gagal.

Menurut Liang, ramai menganggap dia mengalami kesukaran untuk menghafal ketika diusia melebihi separuh abad.

Namun, ia tidak pernah mematahkan semangat juangnya untuk terus mencapai impian menyambung pelajaran di Universiti Sichuan.

“Saya baru 55 tahun dan saya masih muda. Dan saya tidak mengalami kesukaran untuk mempelajari sejarah dan geografi setakat ini,” kata Liang

lelaki 55 tahun
Gambar: liputan6

Sebelum ini, pada bulan Jun tahun lalu, Liang mendapat keputusan markah 403dari 750 secara keseluruhan. Markah minimun untuk melayakkan diri ke Universiti tersebut adalah 521 markah.

Walaupun ia adalah kegagalannya yang ke-26, Liang masih terus berusaha dan gigih untuk mempersiapkan dirinya untuk ujian tahun ini.

“Saya akan terus mengambil gaokao sehingga jelas bahawa saya tidak dapat menggapai impian itu,” kata Liang.

Selain kisah Liang ini, masih terdapat peserta lain yang juga mencuba ujian namun gagal. Liang mengambil keputusan untuk bertukar aliran sebagai pelajar seni dan sains manusia kerana ia yakin akan lebih mudah untuk dipelajarinya.

Kisah Liang Shi ini sepatutnya dijadikan tauladan kepada anak-anak muda dimana sikapnya yang tidak mudah berputus asa dalam mencapai impiannya walaupun memakan masa yang lama.

Sumber: Liputan6.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.