Siakap Keli
wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati

Bukit Aman Siasat Dakwaan Penjualan Data Pribadi Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya turut menerima satu laporan berkaitan dakwaan yang dilaporkan beberapa portal berita tempatan hari ini.

“Siasatan sedang dilakukan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan dan polis memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi itu bukan milik JPN sebaliknya data yang dijual tersebut adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan terdapat penjualan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan dimiliki 800,000 individu milik JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara dalam talian.

— BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.