Syarikat kurier, J&T Express dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya ketika ini sedang berdepan dengan isu kelewatan penghantaran barang.
Menurut kenyataan itu lagi, isu kelewatan penghantaran berkenaan berlaku disebabkan peningkatan jumlah bungkusan secara mendadak.
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Matlamat kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda di mana rakan penghantar kami sedang berusaha untuk membuat penghantaran bungkusan secepat mungkin.”
Jelasnya, pasukan J&T akan mengoptimumkan laluan penghantaran barang bagi memenuhi setiap keperluan penghantaran barangan pelanggan.
”Terima kasih di atas sokongan berterusan anda,” kata kenyataan itu lagi.
Mana-mana pelanggan yang berdepan dengan masalah penghantaran boleh menghubungi talian perkhidmatan J&T melalui 1-300-80-9000 atau 03-92129660 untuk mengetahui status bungkusan masing-masing.
https://www.facebook.com/jntexpressmalaysia/photos/pcb.1905092176342233/1905092146342236/
BACA: Isu Tular Jual Data Peribadi Lebih 22 Juta Rakyat Malaysia Bukan Milik JPN – Hamzah
Sumber: J&T Express