Siakap Keli
Gambar: Twitter @theone_xyz

Thailand Menang Emas, Skuad Muda Badminton Negara Bawa Pulang Pingat Perak Dari Sukan SEA

Malaysia sah bawa pulang pingat perak dalam acara badminton berpasukan lelaki Sukan Sea 2021 selepas tewas kepada skuad lebih berpengalaman, Thailand.

Ia berikutan perseorangan lelaki kedua Thailand, Khosit Phetradab berjaya mencatatkan kemenangan ke atas pemain negara Lee Shun Yang dengan keputusan 16-21, 21-13, 21-19.

Perkara itu sekaligus menguburkan impian pasukan negara untuk mencipta kejutan dengan memenangi pingat emas dalam acara itu. Malaysia ketinggalan kepada Thailand dengan skor 0-3.

Terdahulu, pemain negara turut tewas dalam dua perlawan awal apabila perseoranga pertama, Kok Jing Hong tunduk 10-21, 15-21 kepada Kunlavut Vitidsarn.

Manakala gandingan Tee Kai Wun dan Man Wei Chong tumpas kepada Chaloempon Charoenkitamorn 20-22, 20-22.

Kekalahan ketiga-tiga perlawanan ini menyaksikan Malaysia sah merangkul pingat perak dalam acara badminton berpasukan lelaki.

Sumber: Badminton Association of Malaysia-BAMĀ 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?