Siakap Keli
Sumber: Bernama

Bolos Di Minit 111, Malaysia Tewas Di Tangan Vietnam

Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir selepas tewas kepada pasukan Vietnam 0-1.

Pada awalnya, anak-anak buah Brad Maloney bermain dengan baik dengan mengekang asakan pihak lawan. Penyerang muda sensasi negara, Luqman Shamsudin beberapa kali melakukan percubaan ke arah gwang gol Vietnam

Pasukan Vietnam dibawah kendalian Park Hang-Seo, juga tidak kurang hebatnya dengan memberikan beberapa serangan yang hampir membolosi pintu gol Malaysia.

Perlawanan yang sengit itu mengheret kedua-dua pasukan itu untuk bermain pada masa tambahan.

Minit ke-111, menerusi sepakan percuma, Nguyen Tien Linh berjaya menanduk masuk bola ke gawang Malaysia di hujung masa tambahan.

Gol Nguyen Tien Linh itu menyaksikan Malaysia berputih mata selepas gagal melayakkan diri ke peringkat akhir sekaligus terpaksa bermain dalam penentuan pingat gangsa bertemu Indonesia pada 22 Mei nanti.

Sumber:  FAM

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?