Siakap Keli

Pemandu Maut Selepas Treler Dipandu Terbalik Dalam Kemalangan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Seorang pemandu lori treler membawa muatan dokumen keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) maut dalam kemalangan selepas kenderaan dipandunya terbabas di selekoh Jalan Duta di sini hari ini.

Seorang anggota polis yang turut berada di dalam treler berkenaan pula mengalami kecederaan di pergelangan kaki kiri dan retak bahu kanan akibat kemalangan pada pukul 10.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh dalam kenyataan berkata kejadian berlaku apabila treler yang dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Plaza Tol Jalan Duta itu hilang kawalan, dan merempuh tembok batu pembahagi jalan lalu terbalik.

Beliau berkata pemandu treler yang berumur 47 tahun maut di lokasi kejadian, dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, manakala anggota polis yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Sarifudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.