Siakap Keli
objek menyerupai senjata
Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya

Polis Siasat Video Lelaki Bawa Objek Menyerupai Senjata Dalam Pasaraya

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin bin Abdul Hamid menerusi siaran media yang dikeluarkan pada 18 Mei 2022 menyatakan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu tular seorang lelaki membawa objek menyerupai senjata ke dalam sebuah pasaraya di kawasan Petaling Jaya.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan, beliau menyatakan pada 17 Mei 2022 pukul 5.30 petang, polis Petaling Jaya telah mengesan satu rakaman video yang tular dalam aplikasi laman sosial yang memaparkan perilaku seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak bajunya lalu menampakkan satu objek yang menyerupai senjata diselitkan di seluarnya.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat mengenai isu tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah pasaraya yang terletak di kawasan Petaling Jaya, Selangor di mana sebuah festival animasi diadakan selama empat hari bermula 13 Mei 2022 sehingga 16 Mei 2022.

Lelaki yang terlibat dalam rakaman tersebut disyaki salah seorang peserta yang turut menggayakan watak animasi ketika hadir ke festival tersebut.

Oleh itu, sebuah kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut. Polis Petaling Jaya juga sedang mengesan pemilik akaun laman sosial tersebut dan individu yang terlibat dalam rakaman bagi membantu siasatan.

Sumber: FB Polis Daerah Petaling Jaya

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.