Siakap Keli
cara tolak tawaran kerja
Kredit: Milenialis

Wanita Kongsi Cara Tolak Tawaran Kerja Secara Profesional Dan Sopan

Ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang mengenai cara tolak tawaran kerja sekiranya mendapat tawaran daripada syarikat yang dipohon.

Pada musim pandemik lalu pasti ramai yang telah diberhentikan kerja. Ekoran penamatan perkhidmatan secara tiba-tiba, sudah pasti mampu menjadikan seseorang berada dalam keadaan tak tentu arah mencari kerjaya baharu. Justeru, tentu sekali pelbagai laman kerja atas talian telah diteroka dan banyak resume yang dihantar.

Keadaan yang memaksa disebabkan kehilangan pekerjaan membuatkan individu tersebut merebut apa sahaja tawaran kerja yang datang.

Maklumlah, sekiranya hanya ingin menunggu sahaja maklum balas dari organisasi yang dimohon, bimbang sekiranya ditolak lalu kecewa.

Namun, bagaimana pula sekiranya secara tiba-tiba menerima khabar gembira daripada beberapa organisasi yang dipohon? Apa yang perlu dilakukan sekiranya lebih dari satu organisasi menawarkan peluang kerjaya kepada anda? Bagaimana pula cara yang terbaik untuk menolak tawaran tersebut?

Perkara ini turut dikongsi oleh seorang pengguna twitter, Nadira. Menerusi ciapannya, Nadira berkongsi mengenai cara-cara untuk menolak tawaran kerja secara profesional.

Mari ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Nadira turut berkongsi format yang boleh digunakan untuk dihantar kepada organisasi yang ingin ditolak.

Untuk berada dalam situasi sebegitu sememangnya mampu merunsingkan pemikiran seseorang. Selain menghantar emel ke organisasi tersebut, segera maklumkan penolakan tawaran melalui panggilan telefon. Hal ini perlu segera dilakukan sekiranya anda telah menerima tawaran kerja di syarikat lain.

Sememangnya kita diberi pilihan untuk memilih. Namun, usah terlalu gelojoh dan tamak ketika membuat pilihan. Gusar, sekiranya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Justeru, semoga semua individu yang memohon kerja dipermudahkan segala urusan dan dapat memberi manfaat kepada orang sekeliling.

Sumber: Twitter

Nurfatihah Shahirah Azzuddin