Siakap Keli
Bomba

Warga Emas Meninggal Dunia Di Puncak Gunung Yong Belar Berjaya Diturunkan

IPOH, 19 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia Selasa lepas semasa mendaki  Puncak Gunung Yong Belar, Ulu Kinta dekat sini berjaya dibawa turun dengan helikopter pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata mangsa berusia 66 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri pada Selasa kerana mangsa mengadu sesak nafas dan kepenatan melampau semasa melakukan aktiviti mendaki.

“Operasi penyelamatan yang masuk hari ketiga hari ini adalah untuk menurunkan mangsa dari puncak gunung berkenaan dan berjaya diturunkan dengan menggunakan helikopter milik JBPM di Padang Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.

“Unit Udara JBPM melakukan operasi penyelamatan sejak pukul 9.22 pagi tadi dengan bantuan Pasukan Pelbagai Kemahiran (MUST) dan turut mendapat kerjasama daripada pihak polis ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap itu berkata mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu memiliki kebenaran memasuki hutan simpan kekal berkenaan bersama-sama 13 pendaki lain.

Mior Faridalathrash berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

— BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.