Siakap Keli
ladang ganja papua

Anggota Tentera Temui Ladang Ganja Ratusan Meter Di Papua

Anggota Pasukan Petugas (Satgas) Batalion Keselamatan di sempadan Yonif 126 Kala Cakti telah menemui sebuah ladang ganja yang berkeluasan 400 meter di Kampung Waris, daerah Keerom, Papua.

Komander Pasukan Petugas Batalion Yonif 126 Kala Cakti, Lt. Kol Inf Dwi Widodo menjelaskan, ladang ganja itu ditemui selepas anggota Pasukan Petugas Batalion Yonif 126 Kala Cakti Pamtas melakukan serbuan ke atas Trans Jayapura- Jalan Wamena pada minggu lalu.

“Kami menjumpai dua orang sedang menunggang motosikal, dan apabila kami periksa dalam kotak kenderaan itu kami telah menjumpai beberapa bungkus ganja kering,” Dwi Widodo.

Daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan, pelaku mengakui ganja yang dibawa itu dituai di salah sebuah kebun milik penduduk di tengah hutan bersempadan dengan negeri Papua New Guinea.

“Kawasan itu berkeluasan lebih kurang 400 ratus meter persegi ya, itu kawasan komuniti, nampaknya sudah lama kawasan itu menjadi ladang ganja di Papua,” tambahnya.

Berdasarkan maklumat tersebut, anggota Batalion Yonif 126 Kala Cakti menjalankan siasatan dan mereka berjaya menemui ladang ganja tersebut di tengah-tengah kebun penduduk.

Ketinggian pohon ganja yang ditanam di kawasan seluas 400 meter persegi itu dianggarkan mencapai 2 hingga 3 meter.

Menurut laporan, kesemua pokok ganja tersebut kemudiannya disita dengan mencabut dan dibawa ke pos Pasukan Petugas Pamtas Pos Waris.

Sumber: kompas.tv

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.