Siakap Keli
sempena hari guru

Cikgu Sebak Murid Hadiahkan ‘Coklat’ Sempena Hari Guru, Saat Dikoyak Rupa-rupanya…

Tidak dinafikan sempena sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menghiburkan. Bagaikan sudah menjadi tradisi anak-anak kecil yang berlumba-lumba untuk memberikan hadiah kepada guru mereka sebagai tanda penghargaan kepada jasa-jasa guru mereka.

Namun, berbeza pula dengan murid yang kurang kemampuan untuk membeli hadiah tetapi tetap berusaha untuk memberi hadiah sebagai tanda penghargaan yang mengajarnya.

Kisah ini dikongsikan sendiri daripada seorang guru di laman Tiktok @CikguNik yang memuat naik mengenai hadiah yang diberikan oleh anak muridnya yang sangat menyentuh hati.

“Untuk Cikgu Nik, buka hati-hati ya, Hari Guru”

@cikgunik_dg

🥹 Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua yang ingat cikgu. 🥹 #cikgunikdg #fyp #cikgootube #cikgutiktok #terimakasih #hariguru

♬ Kiss the Rain – Richard Abel

“Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua yang ingat pada cikgu,” tulis Cikgu Nik di laman Tiktok

Dalam rakaman video tersebut, Cikgu Nik tidak menyangka yang dia akan menerima hadiah ‘coklat’ yang dilukis sendiri oleh anak muridnya itu. Apa yang lebih mengharukan, nota yang ditulis pelajar tersebut membuatkan guru tersebut rasa lebih menghargai pemberian itu.

Menerusi video yang berdurasi lebih 50 saat itu menunjukkan satu kertas dari buku tulis yang membaluti sesuatu dengan nota yang ditinggalnya benar-benar meruntun hati orang ramai.

Difahamkan, sewaktu anak muridnya ingin memberi hadiah tersebut kelihatan tangannya teragak-agak untuk memberi dan wajahnya agak malu-malu.

Rupa-rupanya hadiah itu dia buat sendiri semata-mata bagi pada guru sebagai tanda menghargai gurunya. – Cikgu Nik

Dalam video tersebut, guru ini terkoyakkan sedikit ‘hadiah’ tersebut namun, guru ini terharu dan sebak walaupun bagi orang lain pemberian itu hanyalah sekadar kertas dan kapas tetapi semangat untuk anak murid tersebut memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan benar-benar ikhlas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak apabila melihat hadiah yang diberikan pada guru tersebut. Warganet juga turut tidak putus memberikan kata-kata semangat kepada anak kecil tersebut.

Sumber: CikguNik

Baca juga: Berjuang Lawan Kanser, TUDM Butterworth Tunaikan Hajat Adik Irfan Nak ‘Bergaya’ Dengan Jet Tempur

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang