Tiga negara Eropah iaitu Perancis, Jerman dan Belgium dilapor telah merekodkan kes pertama penyakit cacar yang dikenali sebagai monkeypox pada Jumaat lalu.
Menurut pihak berkuasa kesihatan di Perancis memaklumkan bahawa penyakit cacar ini dikenalpasti daripada seorang pemuda berusia 29 tahun dari wilayah Ile-de-Perancis.
Laporan lain daripada Institut Mikrobiologi Angkatan Tentera Jerman pula mengesahkan jangkitan itu menyebabkan pesakit mengalami luka pada kulit.
Manakala di Belgium, Ahli Mikrobiologi Emmanuel Andre mengesahkan bahawa dua kes di negara tersebut melibatkan salah seorang lelaki dari wilayah Flemish Brabant.
Susulan daripada peningkatan jumlah kes yang beberapa negara Eropah, agensi kesihatan Jerman menggesa kepada orang ramai yang pulang dari Afrika Barat terutamanya yang melakukan hubungan seksual untuk segera berjumpa doktor jika melihat kelainan pada kulit.
Penyakit ini jarang berlaku dan biasanya tidak membawa kepada maut namun ia sering terjadi apabila seseorang mengalami gejala demam, sakit otot, bengkak kelenjar limfa, mengigil, keletihan dan ruam seperti cacar air pada tangan dan muka.
Penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan dengan luka pada kulit, titisan daripada orang yang sudah dijangkiti serta melalui perkongsian tuala dan set tempat tidur.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mereka sedang meneliti isu ini selepas berlaku beberapa kes di UK tular dalam satu komuniti hubungan seksual.
Kes Monkeypos ini telah menular ke beberapa negara seperti di Itali, Portugal, Sepanyol dan Sweden serta di Amerika Syarikat dan Kanada. Kes ini dipercayai merebak dari negara Afrika Tengah dan Barat
Menurut WHO, penyakit Monkeypox ini biasanya akan hilang selepas dua hingga empat minggu.
Sumber: AFP