Siakap Keli

Pemain Utama Terlalu Malu, Man United Dikhabar Akan Batalkan Acara Anugerah “Player of The Season”

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dikhabar akan membatalkan acara anugerah “Player of The Season/Year” selepas pemain-pemain skuad senior dikatakan terlalu malu dengan persembahan yang ditunjukkan mereka sepanjang musim ini, menurut satu laporan.

Memetik laporan portal sukan Sport Bible, dengan 11 kekalahan liga yang dicatatkan musim ini, MU secara rasminya meraih mata paling rendah semusim sepanjang sejarah EPL. Selain itu, kelab berkenaan juga bakal terlepas aksi Liga Juara-juara Eropah musim depan, iaitu satu kejohanan yang menjadi pentas kelab-kelab elit Eropah mempamerkan kejaguhan masing-masing menentang kelab-kelab dari liga yang berbeza.

Bermula dengan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer, perlantikan jurulatih sementara Ralf Rangnick, kekalahan memalukan dua kali kepada musuh abadi iaitu Liverpool dan ditinggalkan 32 mata dibelakang pendahulu liga, ternyata musim ini bukan sahaja musim yang memberi tekanan kepada pemain, bahkan turut membuatkan ramai peminat MU menyimpan rasa kecewa.

Oleh itu, dengan mengambil kira persembahan teruk yang dipamerkan Man United sepanjang musim, rata-rata pemain senior dikatakan merasa janggal dan terlalu malu untuk tampil di atas pentas sekiranya mereka dianugerahkan anugerah “Player of The Season/Year”. Malah, perkara berkenaan dikhabarkan turut disokong oleh pengurusan tertinggi kelab.

Bagaimanapun, kesahihan laporan berkenaan tidak dapat disahkan.

Namun begitu, MU dilapor akan meneruskan undian atas talian dengan memberikan peluang kepada para peminat untuk memilih “Player of The Season/Year” mereka. Cumanya setakat ini, MU dikatakan masih belum membuat keputusan bagaimana anugerah berkenaan akan disampaikan kepada pemenang.

BACA: Starlink Milik Elon Musk Rancang Sedia Internet Menerusi Satelit Di Malaysia

Sumber: Sport Bible, The Mirror

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.