Siakap Keli
memanah sukan sea
Foto: FB Fatin Nurfatehah

Dua Tahun Sepi Tanpa Pertandingan, Fatin Nurfatehah Cipta Kejutan Bawa Pulang Emas & Gangsa Sukan Sea

Seperti mana yang kita tahu, kem Malaysia menutup hari terkahir acara memanah Sukan SEA Edisi ke-31 di Pusat Latihan Nasional, Hanoi dengan acara compound berjaya mendapat pingat emas dan gangsa pada Khamis lalu.

Menerusi perkongsian daripada salah seorang atlet memanah yang menyumbang pingat emas buat Malaysia, Fatin Nurfatehah menzahirkan rasa syukur pada laman Facebook miliknya.

“Alhamdulillah, buat kali pertama setelah dua tahun tanpa sebarang perlawanan antarabangsa, saya berjaya menolong rakan seperjuangan dengan mendapat satu pingat emas dalam saingan final compound berpasukan campuran dan satu pingat gangsa bagi pasukan wanita.

”Walaupun terlepas dalam acara individu kerana kalah pada suku akhir tetapi akan kembali lebih kuat. Till next time,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Pada masa yang sama, Fatin Nurfatehah turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya dan serta pihak penghargaan kepada pihak penaja.

Terdahulu, memetik laporan Bernama skuad memanah kebangsaan menamatkan cabaran di Hanoi dengan mengumpul keseluruhan dua emas, dua perak dan lima gangsa selepas memungut satu perak dan tiga gangsa dalam saingan recurve.

Setakat semalam, Malaysia berada di tangga keenam dalam ranking pungutan pingat dengan secara keseluruhan berjaya meraih 161 pingat.

Ia merangkumi 36 pingat emas dengan acara terjun menyapu bersih kesemua pingat emas yang dipertandingkan dalam acara tersebut. Selain itu, kontijen negara juga meraih 41 pingat perak dan 84 pingat gangsa.

Tuan rumah Sukan SEA kali ini, Vietnam kekal tanpa dicabar di tangga pertama dengan 175 pingat emas jauh meninggalkan pencabar terdekat, Thailand di tangga kedua dengan 76 pingat emas.

BACA: Hantar Permohonan Masuk NATO, Rusia Terus Henti Hantar Gas Asli Ke Finland

Sumber: Fatin Nurfatehah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang